Ini Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah, Patutlah...

SEMALAM, sebuah rakaman video memaparkan aksi seorang wanita bertudung menunjukkan isyarat lucah gara-gara berebut tempat parkir kereta menjadi tular di laman sosial.


Rata-rata netizen bertindak mengecam tindakan kurang sopan wanita itu tanpa mengetahui insiden sebenar, memandangkan ianya hanya dirakam sebelah pihak.

Berikutan itu, suami kepada wanita berkenaan tampil bersuara menceritakan hal sebenar insiden perebutan tempat parkir kereta berhampiran tapak Bazar Ramadan di pekan Kuah, Langkawi.
Menurut Muhammad Jefry Sudin, 33, kereta si perakam video sudah terlajak ke hadapan namun, wanita yang berkenaan mendakwa parkir itu adalah miliknya.

“Sebelum kejadian itu, saya sedang memandu kereta, manakala di hadapan saya ada sebuah kereta dinaiki tiga wanita dan kami sama-sama sedang mencari ruang untuk meletak kenderaan.

“Ada satu ruang kosong, ketika itu kereta di hadapan saya sudah terlajak, jadi saya yang sempat masuk ke ruang kosong itu untuk meletak kenderaan,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Tambahnya, pemandu kereta berkenaan kemudian mendakwa ruangan kosong itu adalah miliknya selain melemparkan kata-kata kesat. Hal itu sekaligus membuatkan isterinya, Siti Khadijah Awang, 28, marah dan mengamuk.

Bagaimanapun, Jefry akui , dia memohon maaf bagi pihak isterinya atas perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut itu.

“Dari segi itu (perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut) saya bagi pihak isteri mohon maaf dan saya pun tidak menjangkakan dia bertindak sampai begitu.
“Saya menganggap kejadian itu kecil saja dan ia menjadi tular apabila wanita yang dipercayai perakam kejadian itu memuat naik ke media sosial, sekali gus mendapat pelbagai komen orang ramai,” jelasnya.

Terdahulu, seorang wanita yang memuat naik video tersebut, Ann Lim, mendakwa dia yang pertama tiba di parkir tersebut dan juga telah memberi isyarat untuk memasuki tempat letak kereta sebelum dipintas kereta pasangan berkenaan yang kemudiannya meletak kenderaan mereka di situ.
Video berdurasi 42 saat itu lantas menjadi tular hingga hangat diperkatakan rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Ini Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah, Patutlah..."

Back To Top