Baju Cantik Tapi Tutup Dengan Selendang. Ini Cara Pakai Yang Disuruh Suami! Tapi Ada Lagi netizen nak Komplem..

Baju Cantik Tapi Tutup Dengan Selendang. Ini Cara Pakai Yang Disuruh Suami! Tapi Ada Lagi netizen nak Komplem.. | Lebih beberapa bulan yang lalu telah berlangsung Majlis Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru di Istana Negara.

Istiadat itu menyaksikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V secara rasminya ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agong ke-15.



Seperti yang disaksikan dalam siaran langsung di kaca TV, majlis mengikut istiadat Kesultanan Melayu itu dihadiri Raja-Raja Melayu, Yang DiPertua Negeri, kerabat diraja, para menteri dan ramai lagi VIP termasuk dari luar negara.
Namun begitu dalam ramai- ramai tetamu diraja ini penampilan Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berjaya mencuri perhatian terutama kalangan kaum wanita.

Penampilan ditegur
Tampil anggun, penuh sopan dengan selendang menutupi busananya, gaya isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah itu mendapat pujian daripada netizen.

Rata-rata berpendapat gaya busana berselendang rona biru firus yang dikenakan begitu cantik dan cukup tertib malah pada masa yang sama memberikan beliau identiti tersendiri.
Komen ini dapat dilihat dalam instagram Tunku Azizah @t_p_pahang apabila beliau memuat naik foto throw back pada majlis tersebut beberapa hari lalu.

Bagaimana pun dalam ramai yang menyukai busana rekaan pereka terkenal Datuk Rizalman Ibrahim itu ada juga yang memberi teguran ‘lain macam’. ‘Pakai baju cantik-cantik tapi tutup dengan selendang.’

Menariknya teguran tersebut diterima dengan terbuka. Malah telah dibalas oleh Tunku Azizah dalam instagramnya dengan jawapan yang memang ‘win’!
Saya hanya turut perintah suami saya…my Hero!
 

Ini cara saya kenakan selendang
Dalam pada itu menurut Tunku Azizah ini adalah caranya mengenakan selendang dan ia adalah rekaannya sendiri.






Sumber: Vanilla Kismis
0 Komentar untuk "Baju Cantik Tapi Tutup Dengan Selendang. Ini Cara Pakai Yang Disuruh Suami! Tapi Ada Lagi netizen nak Komplem.."

Back To Top