Wanita Viral Kononnya diculik oleh lelaki bangla telah ditahan polis, Tipulah lagi..kan dah kene

Wanita Viral Kononnya diculik oleh lelaki bangla telah ditahan polis | WANITA yang mendakwa dirinya diculik ketika menghantar barangan kepada pelanggan di Taiping, 3 Mei lalu, direman empat hari bermula hari ini selepas polis menemuinya selamat bekerja di Taska di Shah Alam, Selangor.

-Kes penculikan wanita berusia 40-an yg juga peniaga online itu tular di Facebook sejak Sabtu lalu selepas status mendakwa dia diculik serta laporan polis dibuat oleh suaminya dimuat naik pengguna laman sosial berkenaan.
-Perintah reman terhadap wanita yg juga isteri kepada anggota polis itu dikeluarkan Majistret Mohd Fitri Sadaruddin dalam prosiding reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, 9.30 pagi hari ini.
-Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati suspek sengaja mereka-reka cerita mengatakan dia diculik.
-“Suspek menghantar gambar kepada suaminya mengatakan dia diikat dan dilarikan orang serta menghantar pesanan suara seolah-olah meminta tolong.
-“Selepas polis menemuinya bekerja di Taska di Shah Alam, 10 pagi semalam, didapati dia berbuat demikian kerana hendak lari dari ramai orang yang mencarinya disebabkan masalah hutang,” katanya dalam kenyataannya di sini.
-Mohamad Zainal berkata, suspek sanggup menipu suaminya mengatakan dilarikan orang dan polis kini sedang mengesan seorang lelaki bernama Wan yang dipercayai kenalannya serta terbabit dalam rancangan penipuan itu.
-Katanya, suaminya yg membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah sehari selepas kejadian tidak terbabit dalam rancangan penipuan itu.
-Katanya, penahanan suspek itu menafikan tular di Facebook yang mengatakannya diculik dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik serta Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat keterangan palsu.
0 Komentar untuk "Wanita Viral Kononnya diculik oleh lelaki bangla telah ditahan polis, Tipulah lagi..kan dah kene"

Back To Top