Terkini : Lelaki bunuh tunang akhirnya dihukum gantung

Terkini : Lelaki bunuh tunang akhirnya dihukum gantung | Seorang bekas pekerja kedai tayar yg menikam bekas tunangnya yang bakal berkahwin sehingga maut menerima pembalasan apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. Hukuman yang diberikan mahkamah dgn setimpal.

-Pesuruhjaya Kehakiman Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin, 25, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain.



-Tertuduh didakwa membunuh Nursyafikah Ahmad Ismail, 22, di tempat letak motosikal Pasaraya Econsave, Jalan Mersing, Kluang dekat sini, antara 5.40 hingga 5.45 petang, pada 10 April 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Menurut fakta kes, mangsa pada waktu kejadian yang bekerja di pasaraya itu didatangi tertuduh ketika waktu rehat dan diajak keluar untuk berjumpa.

-Berlaku pertengkaran antara kedua-dua mereka sebelum tertuduh menghempas kepala mangsa di motosikal berdekatan dan kemudiannya menikam mangsa pada bahagian kiri badannya.
Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata mahkamah berpuas hati dengan laporan psikiatri Hospital Permai yang menyatakan mental tertuduh stabil serta layak dibicarakan dan memberi pengakuan selain mitigasi pihak pembelaan dan hujahan pendakwaan terhadap lelaki itu.

-Beliau berkata ketika memberi keterangan, Muhammad Irshaduddin Khalis mengaku menikam Nursyafikah dan tiada keraguan telah menyebabkan cedera ke atas wanita itu serta telah dibuktikan bahawa tertuduh sememangnya mempunyai niat untuk membunuh mangsa.

-Sehubungan itu, katanya berdasarkan keterangan kesemua saksi dan fakta, beliau mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tidak melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah serta disabitkan dengan kesalahan membunuh.

-“Hanya satu hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu tertuduh dijatuhi hukuman gantung sehingga mati,” katanya.

-Seramai 24 saksi pihak pendakwaan dan tiga saksi pihak pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes, manakala tertuduh diwakili peguam Nur Afiqah Hambali.

-Terdahulu, ketika mahkamah berhenti rehat seketika, tertuduh dengan tenang sempat berdiri di dalam kandang tertuduh sambil memohon maaf kepada keluarga bekas tunangnya termasuk ibu Nursyafikah yang turut hadir di galeri awam mahkamah.

0 Komentar untuk "Terkini : Lelaki bunuh tunang akhirnya dihukum gantung"

Back To Top